Selasa, 29 Maret 2011

Nurse to be..

'Kolej Kejururawatan Kuantan Pahang'

yang di atas ni adalah nama sekolah aku sekarang..kenapa? korang rasa aku tak layak ke nak dapat title 'akak misi'? :D
tapi..inilah hakikat dan hasilnya.. kenapa aku pilih nursing nih? kalau nak cakap 'minat' tu memang idak la sama sekali..jauh sangat la dengan bidang aku sebelum ni..dan aku tak pernah terfikir langsung nak keje mende ni..cita cita aku pun memang tak tersenarai mende ni dan bukan jugak atas dorongan family aku..pelik kan?

aku memang minat sangat dengan akaun..dan aku berharap sangat dapat jadi cikgu akaun..tapi nasib aku memang malang kot..aku tak dapat maktab pun..sedih ke? takla..aku ok je..aku tahu orang KPM memang takkan pilih aku sebab result aku tak sehebat Amalina Che Bakri tu.. :)

cita cita aku tu memang aku da tolak tepi tepi..then dapat pulak  tawaran SPA ni..dip in nursing? wei,,aku tak minat la. aku tak selembut dan se ayu cik misi la. aku mohon pun sebab main main je time tu. aku tak harap pun aku dapat mende ni tahu tak.dalam masa yang sama,aku dapat tawaran UTM, dip teknologi pengurusan perakaunan. yup. memang cita cita aku. tapi jenuh jugak aku berfikir pasal mende mende ni. 

lastly, aku terpaksa pilih nursing ni..sebab apa? sebab dapat elaun tiap bulan dan bukan pinjaman PTPTN. yang paling penting bila kua mende ni aku terus dapat kerja. kerja yang orang sibuk sibuk kejar sekarang ni. aku memang rugi sebab tak pilih mende yang aku minat. tapi kalau nak undur pun dah takde gunanya dah. aku dah pun buat keputusan dan pilih jalan ni. ye, aku kena teruskan jugak even aku tak minat :) come on alia. come on.

baju putih.kasut putih. tdung putih.serba serbi putih. bersih kan? ye, memang kadang kadang agak bosan sebab asyik pakai putih je. sampai bila aku nak macam ni je erk? wei, ingat aku tak jeles ke tengok orang pakai baju kaler kaler.pakai kasut tumit tinggi. jeles la gila. sumpah. memang jeles. aah. sabar alia.sabar.


dan hari ini..dapat jugak aku terima kenyataan..dan aku dah pun bersedia untuk jadi akak misi satu hari nanti..insyaAllah..
apa yang berlaku dan apa yang aku terima pada hari ini aku percaya ada hikmah disebaliknya.. Allah itu Maha Adil..aku jugak percaya ini adalah jalan yang terbaik untuk aku..aku terima seadanya andai ini dah tertulis dalam diari kehidupan aku..terima kasih Ya Allah!


yup. aku kena kuat. kena tabah. memang akan di caci maki. itu akan menjadi kebiasaan dalam rutin harian. best kan? tapi sebenarnya kerja ni memang betul betul buat aku insaf. dan betul betul buat aku berfikir dan merenung sejenak.. dan kerja aku ni jugak yang membuatkan aku lebih rapat dengan mak ayah..dan mungkin inilah hikmahnya kan? kalau inilah hikmahnya, aku bersyukur sangat sangat Ya Allah. aku berharap jugak dapat menjaga dan merawat mak ayah sepertimana aku merawat patient kat wad..insyaAllah


sehingga hari ni, aku still ajar diri aku ikhlas dalam melakukan  sesuatu. kerana dari hati yang ikhlas pasti akan menghasilkan sesuatu yang berkesan dan berkualiti.
woot woot. 


good night babeh! :)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar