Kamis, 25 Agustus 2011

What a day (3)



 Good evening blog, well yeah it's not so 'good evening' actually.
What a day, blog. What a day...

So, I'm kinda feeling painful right now. You know, I just fell off my motorcycle. That was painfully embarrassing. Darn! I was on my way to a certain restaurant, I was invited by a friend for a dinner. It was around 5.00pm when I was on the road. And the bloody traffic jam, the road was really

Rabu, 24 Agustus 2011

Tomnbstone (1993)



The Cowboys are finished, you understand? I see a red sash, I kill the man wearin' it! So run, you cur... RUN! Tell all the other curs the law's comin'! You tell 'em I'M coming... and hell's coming with me, you hear?! Hell's coming with me!-Wyatt Earph

A successful lawman's plans to retire anonymously in Tombstone, Arizona, are disrupted by the kind of outlaws he was famous for eliminating.

Senin, 22 Agustus 2011

Still mumbling about beach

 





n


 








I took those pictures in Pangandaran, about two years ago during the study tour. Such a nice place, wanna go back there.


 

I wanna go to the Beach



 


 




 
 

 


I took those pictures in Depok Beach several years ago. Oh yeah, It's been quiet long time since last time I visited beach. I really really wanna go to the beach right now. You know what I love about beach? The sky, it's so wide and clear. If I can go to the beach right now, I won't even bother to wet my self. I would just sit there in the sandy field, maybe drink some

Walking Disaster



Hey blog, how's life?
I'm doing good by the way. And I, I started to write again. I don't know why, it's just you know, every bloody idea always comes in the most unlikely situation. I write about romance (again). This is the funny fact, I hate romance, not so pleased to watch romance, and never read romance book. And in the other hand, I'm not a bad romance writer. Yeah, that's what they say.

Jumat, 19 Agustus 2011

"Precious: Based on the Novel "Push" by Sapphire"

 The other day, I cried. But you know what? Fuck that day. That's why God, or whoever, makes other days. -Clareece 'Precious' Jones




 In Harlem, an overweight, illiterate teen who is pregnant with her second child is invited to enroll in an alternative school in hopes that her life can head in a new direction.. -IMDB

I knew this film from 'The 82nd Annual Academy Awards'. I was so

Berikan Aku Kekuatan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Maha suci Engkau Ya Allah, aku ini lemah dan tidak berdaya, tidak berdaya menahan air mata dari berhenti mengalir membasahi pipi tidak kira ketika bertemu dengan MU di dalam solat atau diluar solat kerana hanya Engkau tempat ku merayu dan mengadu. Terlalu lemah diri ini , Ya Allah.

Berilah aku kekuatan, kerana kasih sayang ini adalah anugerah MU juga buat diriku yang lemah. Tidak berhak untuk aku bertanya kenapa rasa ini yang KAU curahkan di hatiku yang lemah. Sesungguhnya ENGKAU yang Maha Mengetahui kenapa kasih sayang itu diletakkan di hatiku, menjadikan aku sendiri rasa resah dan gundah. Semoga apa yang aku rasa, turut dirasakan oleh insan yang dikurniakan rasa itu. Aku ingin menjadikan airmataku sebagai airmata kerinduan dan airmata taubat yang bisa memadamkan api neraka. Aku pohon, kesabaran ku dalam bersedih menjadi ibadah buat ku dan airmata ini menjadi saksi bahawa aku menangis adalah kerana kasih saudara seagama kerana MU Ya Allah. Jika bukan kerana aqeedah dan imannya, tidak akan aku buang masa sia-sia merayu dan mengadu kepada MU Ya Allah.

Berikan aku kekuatan Ya Allah...

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Rabu, 10 Agustus 2011

kesilapan @ ketidak kesempurnaan dalam ibadat & amalan..


Antara bahan ceramah yang disampaikan oleh Dato' Ismail Kamus Sama-sama postkan untuk dikongsikan secara umum..InsyaAllah yang mana baik kita kongsi bersama….


Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah-ceramah beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak, dengan alasan kita sedang
berpuasa. Sayang sangat nak buka puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut...kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum-hukum yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) ...



3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampong dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar....rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...
Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu...inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:

Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal...dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..
Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..
6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir...itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas....kalau dibalas itu rezeki lah..


9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..


10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..


11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..


Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa..... Renung-renungkanlah ...

Love Songs

Hey, good day blog. Well it's 12.03 PM here and the weather is quite pleasant. Remember I talked about nightmare previously? Well I think I got another nightmare last night. Okay, it wasn't quiet a nightmare actually. But what is it called if you jump off your bed and gasping in the middle of the night?

So here is the story. Honestly I don't really remember whether I dreamed or not. All that I

Sabtu, 06 Agustus 2011

Teenage Life (part.1)

Hello, how's life?Yeah, it's been quiet a while huh?
So yeah, it's the 6th day of Ramadan by the way. Each year this is the most special time for Muslim. We all fasting and praise to the Lord. But today something kept me from fasting, if you know I mean *chuckles*. And it's weird actually you know. Because I need to find place to hide myself first before I can put anything to my mouth. Actually

Kamis, 04 Agustus 2011

kamu cemburu?



CEMBURU, setiap daripada kita pasti mempunyai sifat ini. Sifat cemburu ini terbahagi kepada dua iaitu cemburu yang baik dan cemburu yang yang dibenci.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”

(HR Abu Daud)

Cemburu yang kita boleh lihat sebagai contoh seorang yang cemburu akan kebahagiaan orang lain, kemewahan harta benda orang lain, kehebatan orang lain dalam menuntut ilmu, ketabahan orang lain dalam menempuh cabaran hidup, cemburu apabila adik beradik yang lain lebih dikasihi, cemburu melihat pasangan bersama atau bermesra dengan orang lain, mungkin juga seorang isteri yang cemburu akan suaminya dan banyak lagi.

Lalu, apakah yang membuatkan cemburu itu menjadi baik dan menjadi tidak baik? Kita perlu menilai kembali apakah cemburu itu didasarkan hanya dengan sangkaan kita rentetan daripada sifat sangka buruk kita. Tiada bukti dan hanya sangkaan semata-mata, lantaran itu kita menuduh dan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Jika ya, maka cemburu seperti ini amat dibenci oleh Allah s.w.t.

Adapula cemburu itu menjadi baik apabila tidak disandarkan pada sangkaan semata dan didasarkan di atas kepastian dan kenyataan. Sifat cemburu yang baik ini mempunyai kesan kepada diri kita seperti terasa semakin dekat dengan Allah s.w.t., diri rasa tertingkat dan semakin bertambah amalan dan baik pula akhlak kita.

Semoga perasaan cemburu yang ada pada kita itu adalah yang menjadikan semakin tertingkat iman kita, k. mari sama-sama kita praktikkan.

kebahagiaan..

Kebahagian seseorang bergantung kepada cara dia menerima apa yang didatangkan Allah kepada-Nya. Sekiranya dia sedar bahawa apa jua yang didatangkan di dalam kehidupannya baik suka ataupun duka adalah tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada Allah maka dia akan merasa bahagia tidak kira waktu dia susah ataupun senang. Hatinya akan sentiasa aman, bahagia dan tenteram.

Kerana, setiap yang didatangkan oleh Allah semuanya mempunyai tujuan yang baik-baik belaka. Dan tidak ada suatu apapun yang dijadikan oleh Allah s.w.t itu sia-sia. Maka dia akan sedar bahawa setiap yang datang kepadanya mempunyai hikmah yang membuatkan dirinya semakin dekat dengan Allah. Kerana, apabila datang duka hampa dia bersabar dan apabila datang senang lapang dia bersyukur.

Kadangkala manusia seringkali meletakkan kebergantungannya kepada manusia. Apabila bersahabat, dia kecewa dan gundah gulana apabila tidak dapat menerima kasih sayang yang diharapkan. Dan seringkali menyalahkan sahabatnya kerana tidak memahami dirinya. Ingatlah bahawa sahabat juga punyai kelemahan. Apabila kebergantungan itu diletakkan pada manusia yang lemah yang tiada kekuasaan sedikit pun maka dia akan kecewa apabila kelemahan itu datang kepadanya. Oleh itu, mengapa tidak bergantung kepada kekuasaan Allah s.w.t.?

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Berukhwahlah kerana Allah kerana apabila sahabat muram, membuatkan kita sabar dan muhasabah diri, apa tindak-tanduk yang menyebabkan sahabat mula berjauhan dengan kita dan kita mula mempertingkatkan diri. Apabila sahabat senyum membuatkan kita bersyukur kepada Allah dan semakin kuat amal ibadah kita kepada-Nya serta berdoa agar dikekalkan ukhwah ini.

Lihatlah, apabila bersahabat kerana Allah, apa jua tingkah laku sahabat membuatkan dia semakin dekat kepada-Nya. Sebab itulah seringkali diceritakan bahawa sahabat yang soleh, apabila melihatnya, berbicara dengannya, bergurau senda dengannya, tinggal bersamanya, membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah.

berukhwah adalah antara contoh yang mudah dan banyak lagi contoh yang boleh diambil. Seperti hubungan suami isteri kerana Allah; apabila suka dia akan berlemah lembut dan apabila tidak suka dia akan bersabar dan tidak akan menyakiti pasangan. Begitu juga dengan berorganisasi kerana Allah, jika pendapatnya dia diterima dia bersyukur kepada Allah s.w.t., dan apabila pendapatnya ditolak dia akan bersabar dan berlapang dada.

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian,

Ingatlah bahawa kebergantungan hanyasanya kepada Allah s.w.t. sangat penting dalam setiap amal di dunia ini kerana apabila melakukan sesuatu dengan berorientasikan Allah s.w.t. maka apabila datang kegagalan kita tidak akan kecewa malah bersabar, dan apabila datang kejayaan kita tidak akan sombong malah bersyukur. Itulah, biar datang apa jua keadaan dia akan semakin dekat dengan Allah kerana dia faham bahawa apa jua yang didatangkan oleh Allah, semuanya baik-baik belaka, tiada yang sia-sia dan dia juga sangat yakin dengan janji-janji Allah s.w.t.