Sabtu, 09 Juli 2011

ikhlas dariku by Akhil hayy






Tuhan,Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

ku mohonkan keampunan

Minggu, 03 Juli 2011

tips mencari suami impian.. insyaAllah



Tentu sekali, suami yang dipilih adalah yang menambat hati mengikut penilaian anda sendiri. Ada rupa, kaya, berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan berbudi bahasa. Itulah penilaian pertama yang biasa kita nilai.
Ramai juga yang mengatas namakan CINTA sebagai asbab pernikahan sehingga ada yang sanggup kawin lari. Tindakan sebegini tidak bijak kerana pernikahan tanpa restu ibubapa kedua-dua belah pihak akan mengundang banyak masalah setelah anda berkahwin nanti kerana seorang suami wajib mentaati ibunya selagi mana permintaan si ibu tidak melanggar hukum agama.
Agama juga yang pertama
Jika anda ingin bahagia hingga ke hujng nyawa bersama suami yang anda nikahi, maka yang PERTAMA, pilihlah yang BERAGAMA dengan kata lainnya mempraktikkan agama dalam hidupnya dari segenap segi.
Kenapa AGAMA itu penting ?
Kerana suami yang memegang agama dengan bersungguh-sungguh akan berusaha untuk mentaati perintah Allah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, ketua dan ayah kepada anak-anak kalian. Dia akan belajar bersabar mengharungi segala cabaran yang merentang sepanjang pernikahan kalian. Bahkan dia akan memimpin isteri dan anak-anak menuju jalan yang diredhai Allah sehingga ke SYURGA. Dan dengan agamanya juga, Allah membantu mempermudahkan rezeki dan membahagiakan keluarga kalian dengan sakinah, mawaddah dan warahmah. Dia juga tidak akan main kayu tiga di belakang anda.
Jadi bagaimana menilai lelaki beriman ?
a) SOLAT - Lelaki yang beragama tidak akan pernah meninggalkan solatnya walau sesibuk mana tugasan sehariannya. Adalah lebih baik jika dia gemar berjamaah di masjid dan melaksanakan ibadah wajib dan sunat yang lain.
b) MENUTUP AURAT - Dia akan menutup aurat di mana juga dia berada termasuk ketika bermain bola sepak.
c) MENUNDUKKAN PANDANGAN - Dia juga akan menjaga pandangan daripada melihat aurat orang lain.
d) MENJAGA PERGAULAN - lelaki beriman cenderung menjaga batas-batas pergaulan dengan perempuan ajnabi. Dia biasanya menahan diri daripada ber'couple', 'dating', bergayut tanpa urusan penting dengan perempuan ajnabi.
e) BERTEMAN DENGAN ORANG SOLEH - kawan baik dia biasanya adalah orang yang tidak meninggalkan solat.
f) TIDAK MEROKOK - Lelaki beriman yang berkualiti ialah lelaki yang tidak merokok kerana rokok HARAM di sisi Islam. Jika anda inginkan zuriat yang jenius, sihat dan tidak membunuhnya secara senyap maka kuburkanlah rokok! Jika tidak merokok, dadah dan arak pun mestilah bersihlah ye.
g) SABAR - Lelaki yang beriman mampu menahan marah dan tidak cepat naik tangan dalam menghadapi situasi yang di luar jangkaannya. Sabar penting agar tidak berlakunya keganasan rumah tangga.
Selidikilah perkara ini dengan orang yang dekat dengannya kerana lelaki cenderung mempamerkan kebaikan di hadapan kita. Jangan tertipu dengan kopiah dan janggutnya ! Selidik dulu baru tahu.