Selasa, 21 Juni 2011

jangan buat dia menangis..




Hidup ini ternyata suatu mukim yang aneh.
Manusia sering tidak dapat menerima siapa kita disebalik kekurangan kita, kelemahan kita tanpa mengetahui apa perasaannya jika bersama kita di waktu gembira dan bahagia. Ya, rencam manusia normal, mereka melihat yang buruk terlebih dahulu sebelum mahu menoleh ke arah kebaikan yang mungkin bakal mereka perolehi jika bersama. Senyum. Itu benda yang selalu terjadi bukan?

Kurang masuk akal sebenarnya apabila kita melepaskan sesuatu benda yang kita mahukan dan tunggu terlampau lama, tetapi tidak masuk akal juga kita mahu terus berpegang dan bertahan tanpa apa-apa yang dapat kita pegang, sandarkan dan rasai. Mungkin ada yang menyatakan ia sifat pengecut, tetapi mungkinkah dengan beralah sedikit, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik di kemudian hari?

Kita bersenandung.
Pelbagai irama yang keluar.
Curahan perasaan yang sekejap membunuh, sekejap mencurahkan warna yang kita sendiri tidak pasti. Kita tunggu hujan datang untuk membasuh segala kesakitan yang kita alami. Pergi mati dengan segala kesan sampingan. Jahanam dengan perasaan yang menyeksakan diri. Air mata terlarut di dalam basahnya air hujan lebih penting daripada segala perasaan yang mencengkam.







Tahukah kau satu perkara?
Bujang, sendirian itu bukanlah satu status. Itu adalah perkataan terbaik dalam menunjukkan seseorang itu kuat, tabah dalam mengharungi kehidupan dia tanpa perlu bergantung harap pada orang lain. Mungkin akan tiba masanya dia akan menemui pasangan yang sesuai di dalam hidup, tetapi apakah tahap kebergantungan dia mahu kalian pertikaikan?



Saya rindu awak.
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak.
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak.
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak.
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak.
Awak, awak berbual dengan siapa sekarang ni?

Saya mahu lupakan kerinduan saya pada awak.
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan?

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya.
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak.

Saya rindukan diri saya.
Rindu diri saya sebelum kenal awak.



Untitled.





Rabu, 15 Juni 2011

Allah menguji hambaNya.. tapi kenapa?

Kehidupan seharian menyaksikan kita sering kali diuji..Diuji daripada luar dan dalam..atas dan bawah..depan dan belakang..Namun begitu,bilamana kita diuji..Kemana pengaduan kita?Adakah kita suka mengeluh?Adakah acap kali kita menyalahkan Sang Pencipta??

Sedarlah wahai manusia yang hina..Allah menguji kita kerna Allah sayangkan kita..Kerna Allah S.W.T itu penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Kerna Allah ingin memasukkan ke dalam syurgaNya..Jom kita baca soalan dan dalil di bawah,agar kita mampu mengerti..

KENAPA AKU DIUJI?
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)

KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?
Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)

AKU RASA KECEWA!
Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)

Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?
Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)

AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!
Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)

Jadilah kita hambaNya yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariatNya..Bukan manusia yang angkur dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah~ Moga-moga kita terus berada di dalam redhaNya..

amin ya rabbal alamin...

Selasa, 14 Juni 2011

I'm missing School, u don't believe me?

Hello! How r u doin' blog? So here I am in summer break, ah I know it's June. But what is a 3-months-holiday called? Okay, let's just say 'I am in a long BREAK now'.So, now I realize that ehm my last post is kinda full of emotion and anger. But let's just get over it. You know lately I feel better. A bestfriend helped me out. And she kinda suggested me to do activities so that I could forget all

Minggu, 12 Juni 2011

aku buat sebab aku CINTA~~





Subhanallah. Sebenarnya jalan kita ke syurga ini tidak pernah mudah. Semuanya perlukan pengorbanan, perjuangan yang tidak pernah kenal erti lelah. Ingatlah wahai sahabat, ini juga jalan dakwah dan dakwah itu sendiri tidak mudah. Amat memerlukan pengorbanan. Sangat memerlukan pengorbanan! Kita lihat sendiri bagaimana Rasulullah saw dalam dakwahnya. Penat lelahnya menegakkan Islam dimuka bumi ini. Adakah kita sebagai umatnya tidak mahu meneruskan perjuangannya yang pernah baginda mati-mati perjuangkan dahulu? Tidakkah kita sedih jika melihat Islam ini terkapai-kapai tanpa ada penjuru-penjuru agama yang mengukuhkan kemuliaan Islam? 




Wallahualam.

Sabtu, 11 Juni 2011

ibu hanya satu~~







Pernahkah kamu?
membuatkan air mata ibumu mengalir
tertumpah jatuh berderai
memercik ke serata jiwa
dan esak tangisnya mengema sukma.

Aduhai !
kawan yang budiman
beruntunglah andai air mata itu
mengalir atas rasa sebak kesyukuran
kerana mulia peribadimu.

Aduhai !
teman yang hilang pertimbangan
rugilah andai air mata itu
mengalir atas rasa hiba kedukaan
kerana buruknya peribadimu.

Ingat !
syurga itu di bawah telapak kaki ibu
hormatilah selagi ada hayatmu
hargailah selagi tersisa waktu
kerana ibu hanya satu.

suatu masa~~







by : M. Nasir..

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

:'(

keranaNya aku memilihmu..

*subhanallah. ciptaan Allah. 
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya seorang hamba biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah seseorang yang sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, kaupun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidak sempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..



insyaAllah~~













buat hawa yang mencari cinta~~

*tertarik dengan kata kata seorang kawan.. agar apa yang dikongsikan menjadi renungan buat hawa di luar sana.. insyaAllah~~


Duhai Hawa yang hidup merata di bumi sebagai perhiasan,..Tahukah apa itu cinta yang sebenarnya sekalian Hawa ku? Mungkin saja kamu pernah menjadi orang yang menyesal kerana pernah mengenali cinta, mungkin saja kamu sering merasakan bahawa cinta itu selalu menyakiti hatimu.. kerana ketika itu kamu buta dan tidak mempelajari apa makna cinta itu yang sebenarnya..

Duhai Hawa yang wangi mekar bak bunga, cantik bak kelopak nan indah,. Sungguh, cinta itu menyenangkan bagi pemiliknya.. Cinta itu bisa menjadikan dari yang tidak memahami menjadi sangat memahami, itulah cinta jika difahami ertinya…

Cinta tidak seharusnya memiliki, tidak seharusnya menguasai, tidak seharusnya berkorban bermati-matian…tetapi cinta itu adalah sebuah anugerah bagi mereka yang mencari sebuah cinta yang diiringi keredhoan Allah yang telah menciptakan cinta itu…

Duhai Hawa yang hatinya rapuh bak kaca… cinta itu sebuah perasaan, yang di dalam perasaan itu ada rasa syukur dan mengerti.. itulah cinta duhai hawa.. Namun apakah di antara kita menghargai semua itu? Tidak.., tidak semua hawa menghargai itu..ada diantara kita yang terus membazirkan air mata kerana terlalu kecewa… Bangkitlah dan lihatlah langit, lihatlah mendungnya…tidak selamanya terus seperti itu..

Air mata bukanlah bayaran bagi sebuah harga diri, tetapi air mata itu adalah salju yang membasahi pipimu sewaktu hatimu bertemu Tuhanmu di malam sepi penuh kegelapan tanpa cahaya…

Duhai Hawa yang terlindung dengan kelembutan… hatimu milik Allah satu-satunya.. mengapa harus mengorbankan hatimu untuk sebuah cinta yang tidak pasti milikmu?? Itu hanya sebuah pembaziran yang tidak terlihat oleh matamu yang indah itu…

Buat Hawa yang mencari sebuah cinta…
Dekatkanlah dirimu dengan sering membaca ayat-ayat Allah.. pasti di dalamnya kamu akan menemui dan mengerti cinta yang sesungguhnya… yang sama sekali tidak akan menyakiti hatimu, malah akan lebih menyenangkan hatimu,..dan itulah cinta yang dimiliki oleh hamba-Nya yang ikhlas lagi bersyukur…..insyaAllah..~...






Jumat, 10 Juni 2011

saya tak mahu jadi racun utk dirinya~~



Saya tidak mahu menjadi racun kepada orang yang saya sayangi kerana Allah.
Saya tidak mahu meracuni fikiran orang itu dengan fitrah cinta yang kami rasai.
Saya tidak mahu menjadi dunia yang membiak di hati nya; menjadi orang yang sentiasa dirindui dan diingati melebihi Allah dan RasulNya.
Saya tidak mahu merosakkan hatinya dengan ungkapan cinta dan janji setia andai tiada lagi ikatan yang sah.
Dan, saya juga tidak mahu semua itu terjadi pada diri saya. Biarlah semuanya berbicara tanpa suara dalam iringan doa penuh harapan, harapan yang satu agar dipertemukan dengan cinta sejati bukan sahaja di dunia malah terus kekal di akhirat.
Ya Allah,kurniakan aku kekuatan dalam melayari kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan.
Salam Muaaqqat~
“Di sujud ku ada tangisan, dek hirisan yang tidak tertahan, pada mu Ya Rabb ku sandar harapan. Kerana Kau yang lebih mengetahui hikmah dugaan”

awak marah saya ke ?

sekadar share :) 
* tak ditujukan kepada sape sape ok :)



hmm?.. marah ker?.. saya minta maaf.. saya bukan nak sakitkan hati awak, tapi kadang-kadang saya juga nak lari daripada melukakan hati saya sendiri. bukan saya penat dengan semua tu, tapi saya takut saya jemu.. saya tak ganggu awak pun kan?.. saya hanya buat sesuatu untuk buat hati saya tenang. saya tak suruh awak buat apa, sebab saya yang akan buat.

betul ni, saya bukan nak skitkan hati awak.. tak mengapa, saya faham.. saya faham terkadang kita hanya fikir sakit kita sedang kita lupa tentang yang lain. lama saya fikir, macam mana nak buat, kemudian saya buat. dah lama, tapi sekarang baru awak perasan kan?.. dan awak pun tahu apa maknanya bila sekarang baru awak perasan kan?.. tak apa, saya faham, terkadang kita terlupa dan mungkin jua terleka tentang yang lain bila kita hanya fikir nak sangat orang ingat semua tentang kita kan?...

kalau awak rasa megah dengan apa yang awak miliki, saya nak awak tahu satu perkara sahaja; saya tak pernah nak ambik peduli pun tentang apa yang awak ada, tentang apa yang awak buat seolah-olah menunjuk-nunjuk untuk perkhabaran satu dunia. bukan saya tak mampu peroleh, tapi saya tak mahu, sebab saya tahu siapa saya dan saya tahu saya nak jadi apa.. hanya itu...


“Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu akan kewajibanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu dari seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.” Hassan Basri




ce cuba.. insyaAllah :)

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30 
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. 
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. 
 
 Kemudian:- 
 1. Lakukan sedikit senaman ringan. 

 2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk 
 bilikair. 

 3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. 

 4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan 
 sehingga ke atas kepala 

 5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum 
 menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang 
 sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua 
 rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat 
 kerja atau ke tempat belajar. 

 6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat. 

 7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting 
 untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari. 

 8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut 
 ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil. 

 9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan  diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa. 

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut. 

 11. Selepas itu lakukan solat Zohor. 

 12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau  kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar. 

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti  pagi tadi dan jangan lupa berus gigi. 

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. 
 Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika 
 hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan  berus gigi. 

 15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.