Selasa, 29 Maret 2011

Nurse to be..

'Kolej Kejururawatan Kuantan Pahang'

yang di atas ni adalah nama sekolah aku sekarang..kenapa? korang rasa aku tak layak ke nak dapat title 'akak misi'? :D
tapi..inilah hakikat dan hasilnya.. kenapa aku pilih nursing nih? kalau nak cakap 'minat' tu memang idak la sama sekali..jauh sangat la dengan bidang aku sebelum ni..dan aku tak pernah terfikir langsung nak keje mende ni..cita cita aku pun memang tak tersenarai mende ni dan bukan jugak atas dorongan family aku..pelik kan?

aku memang minat sangat dengan akaun..dan aku berharap sangat dapat jadi cikgu akaun..tapi nasib aku memang malang kot..aku tak dapat maktab pun..sedih ke? takla..aku ok je..aku tahu orang KPM memang takkan pilih aku sebab result aku tak sehebat Amalina Che Bakri tu.. :)

cita cita aku tu memang aku da tolak tepi tepi..then dapat pulak  tawaran SPA ni..dip in nursing? wei,,aku tak minat la. aku tak selembut dan se ayu cik misi la. aku mohon pun sebab main main je time tu. aku tak harap pun aku dapat mende ni tahu tak.dalam masa yang sama,aku dapat tawaran UTM, dip teknologi pengurusan perakaunan. yup. memang cita cita aku. tapi jenuh jugak aku berfikir pasal mende mende ni. 

lastly, aku terpaksa pilih nursing ni..sebab apa? sebab dapat elaun tiap bulan dan bukan pinjaman PTPTN. yang paling penting bila kua mende ni aku terus dapat kerja. kerja yang orang sibuk sibuk kejar sekarang ni. aku memang rugi sebab tak pilih mende yang aku minat. tapi kalau nak undur pun dah takde gunanya dah. aku dah pun buat keputusan dan pilih jalan ni. ye, aku kena teruskan jugak even aku tak minat :) come on alia. come on.

baju putih.kasut putih. tdung putih.serba serbi putih. bersih kan? ye, memang kadang kadang agak bosan sebab asyik pakai putih je. sampai bila aku nak macam ni je erk? wei, ingat aku tak jeles ke tengok orang pakai baju kaler kaler.pakai kasut tumit tinggi. jeles la gila. sumpah. memang jeles. aah. sabar alia.sabar.


dan hari ini..dapat jugak aku terima kenyataan..dan aku dah pun bersedia untuk jadi akak misi satu hari nanti..insyaAllah..
apa yang berlaku dan apa yang aku terima pada hari ini aku percaya ada hikmah disebaliknya.. Allah itu Maha Adil..aku jugak percaya ini adalah jalan yang terbaik untuk aku..aku terima seadanya andai ini dah tertulis dalam diari kehidupan aku..terima kasih Ya Allah!


yup. aku kena kuat. kena tabah. memang akan di caci maki. itu akan menjadi kebiasaan dalam rutin harian. best kan? tapi sebenarnya kerja ni memang betul betul buat aku insaf. dan betul betul buat aku berfikir dan merenung sejenak.. dan kerja aku ni jugak yang membuatkan aku lebih rapat dengan mak ayah..dan mungkin inilah hikmahnya kan? kalau inilah hikmahnya, aku bersyukur sangat sangat Ya Allah. aku berharap jugak dapat menjaga dan merawat mak ayah sepertimana aku merawat patient kat wad..insyaAllah


sehingga hari ni, aku still ajar diri aku ikhlas dalam melakukan  sesuatu. kerana dari hati yang ikhlas pasti akan menghasilkan sesuatu yang berkesan dan berkualiti.
woot woot. 


good night babeh! :)


rantaian dan untaian..

Hari ni aku off n tersangat la bosan tahap cipan. aku rindukan mereka yang jauh tu haa..cuti aku lambat lagi la gila.. aku last keje 5jun ni..lambat kan? ni kalau keluar pun kena balik kul 7..macam sekolah berasrama penuh bukan?hurm.. aku redha andai ni jalan takdir aku..hari ni aku terasa nak kenalkan kat kamu orang sape yayunk aku selama ni.. pakwe? tidak sama sekali..


Inilah yayunk saya <3 u la!
woot woot

Norhaya binti Said
ini yayunk yg banyak support aku..hari hari aku rindu dia..
rindu sangat sangat :(


Nazatusyima binti Abu Bakar
ini along aku.. dia sangat garang..macam singa betina..
tapi dia baik..kan along kan..huhu



Nazlee binti Abu Bakar
ini pulak angah aku(yg tudung kuning)..diela yang paling kurus antara yang lain..
dan dia jugak lagi cun dari kami..





Norashikin binti Abu Bakar
yang ini pulak uda aku..kite orang gelar die 'mak datin'..
sebab dia suka bergaya sakan..memang over dari aku..


 


Nurul Sofia binti Abu Bakar
haa..yang ini yayunk yang suke sangat cari pasal dengan aku..
kenapa yer??sebab kami antara yang muda dari yang atas tuu..huhu
(yg atas tu pun muda jugak.tapi kami lagi lebih la)huhu




Nor Alia binti Abu Bakar
budak yang comot ni aku ler..bongsu tak semestinye  manje ok..




Inilah Kami :)

inilah keluarga aku yang xbrape nak besar sangat..
tapi dah mampu wat bonda tersenyum.. :)
kami sayang bonda :)




even jauh di mata..tapi dekat sangat dalam hati aku ni..mereka adalah kekuatan dalam diri aku.. dan mereka jugak yang selalu tegur kesilapan aku..mereka jugak yang buat aku ketawa..dan mereka jugak yang membuatkan aku tak sabar nak balik kampung..mereka jugak tempat aku mengadu..tanpa mereka.. aku tak dapat membayangkan perasaan aku tanpa mereka..hurm
insyaAllah.. takkan ada ape yang berlaku..

eh alia..kenapa pulak nak jiwe jiwe ni.. come on la alia.. kau cuti hari ni.. patutnya kau hepy laa..
eeii tapi bosan la la gileee.... haha gila la macam ni..duduk bilik sorang sorang..memang gila.
baiklah..mcd sudah memanggil manggil aku..

sekian dari saya :)


Sabtu, 19 Maret 2011

bibik ohh bibik!

Bibik Ooo Bibik! 

tadi mak call..yang buat aku terkejut gila gila. mak cakap kat rumah kita dah ada bibik! whattt?? bibik indon?? gila kaa??!



 lagi..





 haha tahla..memang berani betul mak amik risiko amik pekerja asing ni.. buatnya si bibik ni wat hal ke. larikan harta kat rumah tu ke (cehh..macam banyak harta la sangat!).


 mak takdela amik bibik muda..tapi bibik yang da tua da pun..katanya la..kata mak lagi, rumah kami dah tersangat la bersih dari timbunan gunungan baju yang takkan terhakis. aku rasa dapur yang da lama sangat sangat tak berasap da pun berapi api. haha.tapi. yang tak berapa nak bestnya la kan.. keje keje rumah da semua bibik buat. so, nurul( akak aku) da takde keje nak buat? makin tembam la kau! haha padan muka. 

tapi, takut la jugak kalau apa apa terjadi kan.. orang asing ni bukan boleh percaya sangat. baik tua baik yang muda. kebaikannya, rumah kami sentiasa bersih la kan.. sentiasa teratur je.. yela.aku da tentu takde kat rumah. nurul pulak keje. mak pun sibuk keje.. memang takkan ada masa nak  mengemas,mencuci dan memasak..memang takkan laa..kalau aku balik cuti pun..memang susah la nak rasa masakkan mak..hari hari nasik bungkus..hari hari kedai mamak.. hurm.. mak sentiasa sibuk..
memang ada patutnya mak amik bibik berkhidmat untuk kami. 
sekian dari saya untuk malam ini :))



Jumat, 18 Maret 2011

kehilangan..

 Dia tetap milik Tuhan...

Saya dan dia..kami memang gila gila otaknya :)

Salam Takziah,
aku nak ucapkan takziah kepada kawan seperjuangan aku yang telah kehilangan ayahnya pada hari khamis bersamaan pukul 3.55am di hospital..kesedihan yang turut sama sama aku rasai. pagi tuh, aku dapat panggilan dari dia..yang membuat aku lagi tersentak bila tiba mesej yang mengatakan 'ayah aku dah takde'. innalillah.. aku termenung seketika..aku turut merasa apa yang ditanggung saat tu.. jujur aku katakan, mengalir jugak air keegoan aku ni.. yela, sapa tak sedih..kehilangan orang yang paling penting dalam hidup kita.. 'wali' kita..
apa apa pun.. kepada dia..hidup mesti diteruskan..perjuangan perlu diselesaikan..yang pergi tetap akan pergi..yang hidup, teruskan kehidupan..lumrah kehidupan kan.. aku tahu kamu kuat.. kamu seorang yang tabah.. anggap ini satu dugaan yang datangnya dari Allah.. kita sebagai seorang anak, perlu melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan even mereka telah pergi meninggalkan kita.. aku sebagai kawan hanya dapat memberi kata kata semangat untuk kamu..aku nak kamu ketawa macam hari hari.. kamu takde, aku terasa sangat tau.. aku sunyi tanpa kamu.. :) senyum senyum selalu.. aku tahu kamu boleh.. b strong dear! aku doakan perjalanan kamu ke kolej, selamat..semoga Allah permudahkan segalanya bagi kamu sayang.. 
                                                                  insyaAllah..


Inilah kawan saya. Mila namanya.
saya rindu kamu laa.. :(



lagi..



Walaupun kamu suka cari pasal dengan saya..
saya tetap sayang kamu :)

Jumat, 11 Maret 2011

KIMIA by ALIA :)

aku memang minat gila lagu ni time lagu ni baru dipopularkan. bila da takde keje sangat sangat, aku dengan tak malunya merakam nyanyian dari suara asli aku sendiri. haha tak malu kan saya? saya memang gila gila otaknya. huhu yela, untuk menghilangkan rasa bosan yang teramat sangat.
inilah hasilnya. terimalah :)
KIMIA














Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita








Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku






Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu





**jangan gelak jangan ketawa. kerana inilah saya :)
  yang memang suka sangat menyanyi..
  tidak kira di mana jua berada, alia tetap akan menyanyi.. 
  dengan cara itu sahaja. alia dapat melepaskan tekanan di jiwa.
  cehh.. tak boleh tahannnn.. haha sekian dari saya.. :)











Kamis, 10 Maret 2011

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah..

tips ni ditujukan untuk aku..mungkin boleh diguna pakai :)
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

sekian :)