Kamis, 24 Februari 2011

tangisan dalam kerinduan

khamis mlm jumaat..kolej kejururawatan kuantan memang wajib adakan solat hajat dan bacaan Yaasin..kenapa tah malam ni ngantuk sangat. agak tersungguk2 aku tadi lepas mendirikan solat hajat. nak cakap tak cukup tido aku rasa aku terlebih tido da..tak cukup oksigen barangkali?? haha
bukan tu sebenarnye aku nak crite kan..urm aku cume rinduu..rindu pada insan yg bergelar 'Ayah'.. ye,semua orang ade ayah..aku juga ada ayah..tapi kehadiran ayah tak lagi aku rasakan sejak tiga tahun yang lalu..sejak dia meninggalkan kami adik beradik dan mak..ayah da pun membuka cawangan yang baru kat perak. hurm mungkin itu pilihan yang dia rasakan terbaik. 3tahun jugak aku beraya tanpa ayah.. tiba je hari raya,mesti air mata ni menitis. sampai sekarang. bila teringat je kat ayah. aku mesti menangis. sedih,sebak,kesal bila difikirkan balik..
aku cemburu dengan kawan kawan. mereka bahagia bersama keluarga. ade mak ayah. adik beradik yang sentiasa d sisi. sentiasa bersama masa susah dan senang..
tapi berbeza dengan aku..jauh panggang dari api.
sejak aku menetap kat kuantan ni, banyak benda yang menyedarkan aku..
aku lebih teringatkan keluarga.. aku rindukan mak ayah..kalau la masa boleh berputar balik. nak je aku perbetulkan keadaan. tapi aku sedar. masa kejadian,aku masih muda. aku masih tak matang.
lagi rasa sedih bila kawan kawan tanya aku tentang ayah. sebab aku tak pernah cerita pasal ayah. sejujurnya, aku tak ada sekeping pun gambar ayah. sedih bukan? bukan ayah da meninggal. ayah masih ada. tapi aku xberpeluang nak bergambar dengan ayah untuk dijadikan kenangan. penuh meja belajar aku dengan gambar kami adik beradik. gambar mak. tapi tak ada ruang sedikit pun ada gambar ayah.
aku mahu berjumpa dengan ayah. ingin sangat rasanya untuk meminta maaf. mintak restu. sms? call? memang boleh..tapi tak sama bila berhadapan dengan ayah..
aku memang benci ayah.. tapi jauh di sudut hati aku nak membuang ayah.. dia wali aku..aku tetap hormat ayah.. sejahat jahat ayah,dia tetap ayah aku.. aku akan laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak..
aku akan pastikan aku tidak akan lalai dengan tanggungjawab aku..
aku mahu jumpe ayah.. biar masa dan takdir yang menentukan.. InsyaAllah..
semoga Allah memakbulkan doa aku..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar