Minggu, 27 Februari 2011

aku memang gila karok!

hari ni memang aku puas. sebab ape? sebab aku dah menghabiskan sepuluh ringgit semata mata nak karok jamban. lebih sepuluh lagu kot aku nyanyi siang tadi. gila tak gila jugak la kan. menjerit.terpekik. memang terbaik la beb. da lama aku tak lepaskan gian. bila da dapat memang aku sambar terus sampai sakit tekak aku ni dibuatnya. memang hilang sesak kat kepala aku ni. dengan roomate aku yang tah pape. hurm lega rasanya dapat puaskan hati aku. hari ni hari ahad yang terakhir dalam bulan february. bulan ni mmg enjoy. tapi bulan depan memang tak dapat la nak berfoya foya macam sekarang. bulan depan da exam la. keje la. masa memang pack gila kot. memang serabai la aku bulan bulan depan ni. hurm bila di pikirkan memang tersangat la malas nak keje. penat kot. exam lagi. keje lagi. memang serabut dan sangat serabai.


aku kecewa la beb. tak dapat nak bergambar dengan Ana Raffali, Anuar Zain, Faizal tahir. sebab aku balik awal tadi dari Kuantan Parade. memang sedih. dari jauh aku datang semata mata nak tengok dorang. tapi masa betul betul tak mengizinkan. rugi kot. tapi yang wat aku meremang, ada mamat tu sound aku dari belakang. 'adik Ana Raffali ke?' haha.nak tergelak aku tadi. aku kot yang over tadi. pakai shawl kembang merak tuh. cam artis pun ade. kelakar la wei bila ingat ingat balik. mamat tu pun satu. buta agaknya mata dia. 


:)) ok la. adinda mahu masuk beradu dulu. semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar