Jumat, 10 Juni 2011

saya tak mahu jadi racun utk dirinya~~



Saya tidak mahu menjadi racun kepada orang yang saya sayangi kerana Allah.
Saya tidak mahu meracuni fikiran orang itu dengan fitrah cinta yang kami rasai.
Saya tidak mahu menjadi dunia yang membiak di hati nya; menjadi orang yang sentiasa dirindui dan diingati melebihi Allah dan RasulNya.
Saya tidak mahu merosakkan hatinya dengan ungkapan cinta dan janji setia andai tiada lagi ikatan yang sah.
Dan, saya juga tidak mahu semua itu terjadi pada diri saya. Biarlah semuanya berbicara tanpa suara dalam iringan doa penuh harapan, harapan yang satu agar dipertemukan dengan cinta sejati bukan sahaja di dunia malah terus kekal di akhirat.
Ya Allah,kurniakan aku kekuatan dalam melayari kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan.
Salam Muaaqqat~
“Di sujud ku ada tangisan, dek hirisan yang tidak tertahan, pada mu Ya Rabb ku sandar harapan. Kerana Kau yang lebih mengetahui hikmah dugaan”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar