Minggu, 27 Februari 2011

aku memang gila karok!

hari ni memang aku puas. sebab ape? sebab aku dah menghabiskan sepuluh ringgit semata mata nak karok jamban. lebih sepuluh lagu kot aku nyanyi siang tadi. gila tak gila jugak la kan. menjerit.terpekik. memang terbaik la beb. da lama aku tak lepaskan gian. bila da dapat memang aku sambar terus sampai sakit tekak aku ni dibuatnya. memang hilang sesak kat kepala aku ni. dengan roomate aku yang tah pape. hurm lega rasanya dapat puaskan hati aku. hari ni hari ahad yang terakhir dalam bulan february. bulan ni mmg enjoy. tapi bulan depan memang tak dapat la nak berfoya foya macam sekarang. bulan depan da exam la. keje la. masa memang pack gila kot. memang serabai la aku bulan bulan depan ni. hurm bila di pikirkan memang tersangat la malas nak keje. penat kot. exam lagi. keje lagi. memang serabut dan sangat serabai.


aku kecewa la beb. tak dapat nak bergambar dengan Ana Raffali, Anuar Zain, Faizal tahir. sebab aku balik awal tadi dari Kuantan Parade. memang sedih. dari jauh aku datang semata mata nak tengok dorang. tapi masa betul betul tak mengizinkan. rugi kot. tapi yang wat aku meremang, ada mamat tu sound aku dari belakang. 'adik Ana Raffali ke?' haha.nak tergelak aku tadi. aku kot yang over tadi. pakai shawl kembang merak tuh. cam artis pun ade. kelakar la wei bila ingat ingat balik. mamat tu pun satu. buta agaknya mata dia. 


:)) ok la. adinda mahu masuk beradu dulu. semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. 

Sabtu, 26 Februari 2011

hari ini dalam sejarah

hari sabtu bersamaan 26 februari 2011..sedih,suka,sakit, semua ade.nak tergelak bila ingat ingat balik pasal hari ni.
firstly, pukul 7.15 a.m aku dah bersiap2 naik bas. pergi ke taman gelora. punye la excited nak pergi larian sihat anjuran kementerian kesihatan malaysia. aku amik kesempatan ni untuk membakar lemak lemak yang memang berkampung dalam badan aku ni. haha. gila la. baru warm up je, dah basah lencun ketiak aku. belum lagi lari 2.4km + 2round. lari punye lari. tengah syok syok lari. ade ke patut aku tersungkur!
ni haa hasilnya dari sungkuran aku.. 


kebetulan seluar ni baru beli time balik jb raya cina hari tuh. nyesal aku tak pakai seluar buruk.




haha malu tak malu jugak la. nasib baik time tu makcik makcik dan student kkm je yang ade. hurm lagi memalukan, seluar aku berlubang la kat lutut. luka takla besar mana. tapi sakit la jugak.memang sedap! tapi aku teruskan jugak. kak hayati ( group julai 2010) ketawakan aku. jahat! haha. luka dapat, cabutan bertuah tak dapaT! btw memang best.. harap harap aku yang gemuk ni akan kurus satu hari nanti.. insyaAllah..perjuangan harus di teruskan..




secondly, lepas balik dari larian sihat, aku terus siap siap nak pergi east cost mall pulak. kononnya nak cari hadiah untuk birthday mak..memang aku dah plan awal awal nak belikan sepasang jubah bersamaan sepasang tudung. cari punye cari, memang ada yang berkenan. tapi lain pulak yang aku berkenan.




sembonia :))






handbag sembonia..  :)








lagi
















harganya memang sangat cantik. sangat sangat la berpatutan dengan jenamanya. tak perlu la nak dedahkan kat belog ni..walaupun harga tak seberapa, tapi ikhlas pemberian aku untuk mak.. harap mak suka dan terima dengan senang hati.. :) adik sentiasa doakan mak panjang umur dan di perluaskan rezeki mudah mudahan.. Amin.. 
aku bukan apa.. cuma nak lihat senyuman dari bibir yang bergelar seorang ibu..aku terlalu sayang mak..bagi aku mak adalah segalanya..tanpa mak,tiada aku di dunia ni. aku da berjanji pada diri aku, aku akan jaga mak dan bahagiakan mak.. aku takkan abaikan mak.. aku mahu lihat mak bahagia,bahagia dan terus bahagia..biarlah kesedihan yang mak alami dulu, dibiarkan berlalu pergi. pergi jauh dari hidup kami..
tapi, aku takut sangat sangat aku abaikan mak..dengan kerjaya aku akan datang nanti.. aku tak nak mak sedih. tak nak sama sekali. bila difikirkan balik, aku tak sanggup nak berpisah dengan mak..tapi demi masa depan aku, aku terpaksa pergi. pergi jauh dari mak. sedangkan sebelum ni aku tak pernah berenggang dengan mak.. 
kami memang terlalu rapat..setiap hari aku dengan mak. makan bersama.keluar bersama. tido bersama. aku rindukan saat saat tu Ya Allah. hurm  :((




dah dah alia. jangan sedih.
next, aku pergi terminal dari ECM tanpa naik teksi. dengan berpanas. basah jugak la ketiak aku ni tadi.huhu aku teman Yana beli tiket balik kampung jumaat ni..then kami pergi ke mydin..beli barang barang asrama sikit. seterusnya ke kuantan parade. dan berjalan tanpa henti balik ke kolej.  memang gila bukan? duit habis dah. kaki sakit. memang puas! haha jangan jadi macam aku erk. kuat perhabih duit! tapi perhabih duit sendiri takpe. jangan duit orang lain suda. 


sekian :)


penawar hati di kala duka :)







Kamis, 24 Februari 2011

tangisan dalam kerinduan

khamis mlm jumaat..kolej kejururawatan kuantan memang wajib adakan solat hajat dan bacaan Yaasin..kenapa tah malam ni ngantuk sangat. agak tersungguk2 aku tadi lepas mendirikan solat hajat. nak cakap tak cukup tido aku rasa aku terlebih tido da..tak cukup oksigen barangkali?? haha
bukan tu sebenarnye aku nak crite kan..urm aku cume rinduu..rindu pada insan yg bergelar 'Ayah'.. ye,semua orang ade ayah..aku juga ada ayah..tapi kehadiran ayah tak lagi aku rasakan sejak tiga tahun yang lalu..sejak dia meninggalkan kami adik beradik dan mak..ayah da pun membuka cawangan yang baru kat perak. hurm mungkin itu pilihan yang dia rasakan terbaik. 3tahun jugak aku beraya tanpa ayah.. tiba je hari raya,mesti air mata ni menitis. sampai sekarang. bila teringat je kat ayah. aku mesti menangis. sedih,sebak,kesal bila difikirkan balik..
aku cemburu dengan kawan kawan. mereka bahagia bersama keluarga. ade mak ayah. adik beradik yang sentiasa d sisi. sentiasa bersama masa susah dan senang..
tapi berbeza dengan aku..jauh panggang dari api.
sejak aku menetap kat kuantan ni, banyak benda yang menyedarkan aku..
aku lebih teringatkan keluarga.. aku rindukan mak ayah..kalau la masa boleh berputar balik. nak je aku perbetulkan keadaan. tapi aku sedar. masa kejadian,aku masih muda. aku masih tak matang.
lagi rasa sedih bila kawan kawan tanya aku tentang ayah. sebab aku tak pernah cerita pasal ayah. sejujurnya, aku tak ada sekeping pun gambar ayah. sedih bukan? bukan ayah da meninggal. ayah masih ada. tapi aku xberpeluang nak bergambar dengan ayah untuk dijadikan kenangan. penuh meja belajar aku dengan gambar kami adik beradik. gambar mak. tapi tak ada ruang sedikit pun ada gambar ayah.
aku mahu berjumpa dengan ayah. ingin sangat rasanya untuk meminta maaf. mintak restu. sms? call? memang boleh..tapi tak sama bila berhadapan dengan ayah..
aku memang benci ayah.. tapi jauh di sudut hati aku nak membuang ayah.. dia wali aku..aku tetap hormat ayah.. sejahat jahat ayah,dia tetap ayah aku.. aku akan laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak..
aku akan pastikan aku tidak akan lalai dengan tanggungjawab aku..
aku mahu jumpe ayah.. biar masa dan takdir yang menentukan.. InsyaAllah..
semoga Allah memakbulkan doa aku..

Selasa, 22 Februari 2011

PUJAAN MALAYA

hari ni tak brape nak ade mud. tah ek. mungkin si 'pujaan malaya' tu kot yang buat aku takde mud. aku rase agak tacing sejak tengah hari tadi. yela. tangan aku la ni yang gatal sangat nak bukak bukak wall si 'pujaan malaya' tu.
























Minggu, 20 Februari 2011

mak...

rindu..makin hari makin rindu kat mak..
lately memang asyik teringat mak kat rumah..nak makan pun teringat mak..
tengah blaja dlm kelas pun ingat mak..
yup,,adik rindu kat mak sangat sangat. nanti da balik tiram memang aku nak peluk peluk mak.
yup. sejak ketiadaan mak kat kat sisi aku. terbukti. aku lebih rapat dgn mak.
even kadang kadang adela jugak aku menyakitkan hati mak.
tapi jauh di sudut hati aku nak sakitkan hati mak..
nak berkasar dengan mak..
adik sayang mak sebenarnya..

mak..

Sabtu, 19 Februari 2011

nak KURUS punye pasal!

dah dekat setahun duk kuantan, baru la ari ni sibuk sibuk nk berjog kt tepi sg.kuantan tu haa. bukan ape. badan ni da macam mother2 like aku tengok. aku nak kurus la wei! nak kurus! aku nak pastikan yang aku kurus bile balik jb nanti.
nak dipanjang panjangkan crite. tadi aku bpunye la berlari. sekarang, trase la lenguh lenguh kaki aku sume. macam kene kejutan letrik. sakit la wei. tapi nak kuruih punye pasal. aku redahkan jugak la.
aku nak kekalkan BMI!!!!